Wednesday, November 27, 2013

Orang Ramai Berebut Beli Sandal Crocs Palsu Di Putrajaya Hanya Kerana Crocs Asal Mahal Nak Mampus



orang ramai berebut beli sandal crocs palsu di putrajaya hanya kerana crocs asal mahal nak mampus 1




Kau perasan tak satu benda kalau kau mak bapak?

Kualiti barang yang dijual dekat pasaraya kita makin menurun overallnya. Yang paling jelas pada aku, makin lama, makin banyak pasaraya yang naik tapi gunakan template Econsave sebagai rujukan.

Maksud aku, apa yang aku perhati selama ni, kita ada beberapa kasta pasaraya. High End, macam yang dekat Bangsar Shopping Center yang aku tak pernah pegi, lagi satu dekat Publika. Aku rasa la tu high end sebab aku takut nak masuk. Kemudian kita ada Parkson....Cold Storage, kemudian AEON (dulu Jusco). Bawah sikit ada Tesco....kemudian Carrefour, Giant....lepas tu Econsave, pasaraya Hiro.

Perbezaan antara semua pasaraya tu adalah

1. Presentation diorang. Kita boleh tengok dari segi logo dah tau mana satu yang agak upscale dan yang mana agak "cheapskate."

2. Shopping experience berbeza. Kau pegi beli barang dekat Econsave ni macam kau pegi pasar. Bising dengan suara warga asing promote "murah murah, mari beli murah murah." 

3. Lighting kedai pun berbeza. Aku rasa ni psikologi tapi mana2 pasaraya yang banyak main dengan lampu kuning mesti rasa mewah sikit. Mana yang lampu dia terang benderang tu la yang rasa cheapskate sikit. Kau try pasang lampu kuning kat rumah kau, kau rasa macam orang kaya aje...tapi kau pasang pendaflour, huh. (Rumah aku penuh pendaflour sebab aku cheapskate)

4. Staff. Kebanyakan pasaraya yang agak cheapskate ni, customer service dia memang out. Lagipun sebab nak lower down the cost, kebanyakan staff yang dihire adalah orang luar yang kebanyakannya tidak dapat membantu kalau kau tanya diorang apa-apa.

5. Faktor kebersihan. Ni yang paling aku pentingkan sebenarnya. Kadang2 pegi Eoncsave ni ada lecak air. Aku tak pernah pegi Hiro tapi adik aku promote kaw2 sebab dia kata murah.

Itu adalah antara beberapa faktor yang membezakan pasaraya pada pandangan aku. Yang menyedihkan aku, makin lama makin menurun kualiti perkhidmatan pasaraya ni, khasnya lepas Carrefour berhenti melabur di Malaysia dan semua kompleksnya dibeli oleh Aeon dengan label baru, Aeon Big.

Aku tak tau kalau kau perasan tapi sebab aku memang pengunjung tetap Carrefour dari dulu jadi penurunan mendadak kualiti produk dan servis tu memang dirasai. Apatah lagi Aeon Big ni adalah label Aeon yang target marketnya adalah untuk affordability, bukan a good shopping experience.Kau comparekan Aeon dengan Aeon Big, ada beza yang sangat ketara dalam branding dia, lighting dia, even staff punya uniform pun kita boleh nampak beza mana satu kos besar sikit.

Itu yang menggusarkan aku.

Semakin banyak pasaraya terpaksa downgrade level diorang itu bermaksud kuasa membeli kita makin lemah. Jika sebelum ni kau mampu beli barang dekat Cold Storage, mungkin sekarang ni kau dah tak mampu lagi sebab memang aku akui, barang situ mahal sikit. Tapi the degrading process bukan setakat berlaku kepada branding pasaraya, malahan...produk pun makin lama makin menurun kualiti dia.

Sebelum ni susah kau nak nampak permainan2 ciplak dijual secara terbuka tapi sekarang ni semua pasaraya jual barang ciplak untuk budak2. Barangan yang Mickey Mousenya nampak macam Mickey Mouse cacat dan spastik. Even aku perasan, susu budak yang aku bagi anak aku dulu (brand Similac, memang mahal tapi aku sanggupkan aje sebab dia anak aku) dah kurang availablity nya compare 2 tahun lepas. Harga pun dah RM100! Gila. Aku beli dulu RM68. Tah macam mana boleh naik hampir double harganya.

Tu tak masuk lagi pasal pakaian. Sekarang ni semua pasaraya yang dulunya mid level barangan diorang agak ok kini digantikan dengan pakaian2 yang nampaknya agak kurang berkualiti. Macam mana la kita boleh jual tali pinggang Live's dekat pasaraya padahal semua barang tu barangan bootlegged?

Secara individu, aku akan ke Econsave kalau aku nak beli baju anak yang murah. Cuma bila murah tu, kau paham la design dia macam mana. Semua kaler dia nak taruk kat situ, kalau ada design mesti rupa character dia terencat dan ada tulisan Engrish yang grammarnya salah. Memang mencabar nak carik baju murah yang nampak berkualiti. Nak beli baju dekat Anakku tak mau aku. Bukan aku tak mampu tapi sebab pada aku tak berbaloi. Gila kau jual budak RM50 sehelai. Pakai sebulan dua.

Bila nak cantik sikit aku gi Tesco. Baju budak kat Tesco memang magical. Murah. Design cantik dan aku suka design baju dia. Tak ada ayat Engrish yang grammar berterabur. Character dia pun lawa. Cuma sekarang ni kualiti dia agak menurun...aku tak tau kenapa. Makin lama makin banyak pulak baju yang tak lawa dan tak ada design sense menimbun.

Kau ada rasa ke tak apa yang aku rasa sebagai seorang mak atau bapak?

Aku tak tau kau perasan atau tidak benda ni tapi pada pendapat aku, benda ni terjadi sebab jurang antara high income, middle income dan lower income makin membesar. Orang high income macam menteri takkan alami benda ni. Orang low income dari dulu dia dah di takuk tu...tapi untuk orang macam aku dan majoriti rakyat Malaysia macam kau, kita ni makin lama makin terpinggir. Kerajaan sendiri acknowledge dari bajet yang diumumkan, we are on our own.

Kau sanggup ke nak gi beli baju dekat butik macam orang kaya? Tak sanggup. Kau nak ke pakaikan anak kau baju bertulisan Engrish dengan gambar kartun terencat atau baju crossover Upin Ipin vs Boboiboy yang tak patut wujud tapi wujud? Tak nak jugak.

Habis, kita nak lari mana?

Bila dah cut cost tu maksudnya, staff yang dihire pun akan dikurangkan la. Sebab itu queue makin lama makin panjang sebab cashier pun tak ramai yang diambil. Nasib cashier dia still utilize orang local. Tapi, berapa lama lagi sebelum cashier foreign ambik tempat cashier local? Ikut law, rasanya takleh tapi kalau business Cost cutting akan dilakukan sebab our purchasing power is going lower and lower. Waktu tu, apa jadi dengan orang local yang nak kerja?

Ni hanyalah pemerhatian aku aje lah. Aku concern sebab aku rasa makin lama, tak lama lagi, aku kena bayar premium untuk barangan bottlegged ni. Macam mana la diorang boleh jual barangan ciplak dengan harga mahal? Aku sangat pelik. Aku kerap ke Alamanda. Kat situ ada Aeon Big. Kadang2 bila datang situ, aku rasa macam dekat Petaling Street. Penuh dengan warga asing. Penuh dengan barang ciplak yang dijual secara longgok.Crocs palsu? Semalam ada sale RM10. Berebut orang beli. Kualiti, memang dah menurun bila compare dengan zaman Carrefour dulu.

Padahal, aku dekat Putrajaya.Bandar kebanggaan Malaysia. Intan payung Kerajaan. Ini belum GST lagi. Orang yang menyokong GST kata, "harga barang akan menurun." Kita tunggu dan lihat lah sama ada harga barang itu menurun, kualitinya kekal atau tidak. 

Tweet

No comments:

Post a Comment